Wednesday, September 03, 2014

Dalam Masa Dua Minggu 'Street Workout'... Inilah Hasilnya...

"...Bukan nak menunjuk atau berlagak, tapi ABG J.A.M ingin berkongsi dengan anda tentang perkara-perkara yang baik yang boleh kita semua perolehi manfaat dan faedahnya... Selepas raya, ABG J.A.M bertekad untuk memperbaiki lagi 'body-condition' ABG J.A.M supaya setara dengan bidang yang diceburi iaitu AKSI... Alhamdulillah, dengan izin-Nya ianya sudah menampakkan hasil dan kesan walau sedikit... Sebelum ini memang ABG J.A.M gemar melakukan aktiviti senaman yang melibatkan kecerdasan, kecergasan dan kekuatan otot... Namun tidaklah seserius dalam baru-baru ini kerana sebelum ini senaman dilakukan untuk mendapatkan 'flexibility, speed dan power' sahaja... Kali ini ABG J.A.M lebih menekankan pada 'rebuilding-muscle'... Bukan nak besar macam tapi biarlah sekadar bersesuaian dengan saiz seorang pengamal beladiri... paling bagus macam mendiang Bruce Lee... paling tidak seperti Tony Jaa atau kurang sikit macam Iko Uwais jadilaaa... The MOral of The Story it is... Rajin-rajainlah bersenam atau apa-apa aktiviti yang menyumbang kepada kebaikan kesihatan anda... Apa-apapun, ALhamdulillah, Thank You Allah..."

Tempat : TAMAN TASIK AMPANG HILIR
Aktiviti : 'STREET WORKOUT' & POSING
Casting : AKMAL EDGE






Sunday, August 31, 2014

'Rumah Terbuka' Fareeda di Country Height, Kajang

"...Bulan Ogos 2014 ini adalah bulan yang tersibuk buat ABG J.A.M... Selepas raya hari tu, kembali ke kota... Mula dihujani dengan persembahan silat untuk majlis perkahwinan mahupun perasmian... Alhamdulillah, rezki kurnian Allah SWT... 31 Ogos merupakan penutup aktiviti persembahan bagi ogos... Di dalam kesibukan padat dengan persembahan sempat jugak ABG J.A.M berkunjung ke rumah terbuka 'toke' Fareeda nih atas jemputan media... Bergegas ABG J.A.M sempurnakan ajat anak bini... hihihi... Lepas tu bergegas balik ke rumah untuk bersiap buat persembahan silat untuk malamnya kemudian... Hajat nak bergambar dengan Mawar dan Fizo... Disebabkan kesuntukkan masa hajat tersebut dilupakan dulu... InshaAllah kemudian berjumpa lagi..."

Tempat : COUNTRY HEIGHT KAJANG
Majlis : RUMAH TERBUKA BUTIK FAREEDA
-

Tuesday, August 26, 2014

'Rumah Terbuka' Utusan Karya di Bandar Baru Bangi

"...Tanggal 26 Ogos baru-baru ini ABG J.A.M telah menghadiri majlis OPEN HOUSE Utusan Karya di Bangi... Ramai hadirin yang datang, baik personaliti, penggiat seni, wartawan, tetamu kehormat dan tidak lupa pada peminat dan sahabat-sahabat... Hal ini sajer ABG J.A.M nak kongsikan pada semua kebetulan bertemu pulak dengan rakan FB yang tidak pernah bersemuka diluar tapi kerap berkomunikasi... Akhirnya bertemu di sana dalam majlis tersebut... Terima kaseh Ahmad Kasyidi Ismail dari Melawati kerana sudi 'memberi' sekeping foto ini pada ABG J.A.M ;-)..."

Tempat : Laman Utusan Karya Bandar Baru Bangi
Majlis : Rumah Terbuka Utusan Karya Aidilfitri 2014
Imej : Akmal Edge dan Ahmad Kasyidi Ismail


*******

Wednesday, August 20, 2014

Tutorial Silat untuk 'ASEAN Youth Heritage Leaders 2014'

"...Tidak silap pada 13hb Ogos yang lepas ABG J.A.M menerima panggilan dari wakil Universiti Malaya iaitu Puan Linda meminta ABG J.A.M membantu menjayakan salah satu slot SILAT untuk program ASEAN Youth Heritage Leaders. Ianya anjuran Universiti Malaya bagi program pelajar-pelajar Asean yang terpilih dan berkebolehan dalam akademik, kepimpinan dan kecerdasan akal. ABG J.A.M dengan berbesar hati menerima undangan tersebut dan bertemu Puan Linda di Universiti Malaya pada 18hb Ogos bagi membincangkan perjalanan slot Silat tersebut... Alhamdulillah ianya menarik dan segalanya berjalan lancar yang berlangsung di dua lokasi berbeza iaitu Kampung Baru dan Taman Tasik Titiwangsa..."

Tempat : Kampung Baru dan Taman Tasik Titiwangsa
Majlis : ASEAN Youth Heritage Leaders 2014
Fasilitator : Akmal Edge, Salehuddin






Sunday, August 17, 2014

'Action Fight Team... Begin!'

"...Selepas berjaya menaikkan aksi-aksi pertarungan dalam filem-filem tempatan seperti KL Gangster dan Abang Long Fadil, ABG J.A.M melihat suatu kekeosongan yang perlu dibentuk untuk kualiti pada masa depan... Maka tanpa berlengah ABG J.A.M terus menubuhkan pasukan aksi lawan bagi persediaan projek pada akan datang terutama untuk projek filem aksi sendiri kelak... Maka tertubuhlah pasukan SilatShow & ActionFight Team yang mana 'rekrut'nya adalah masih lagi 'hijau' dan perlu di didik... Moga usaha ini membuahkan hasil kelak... InshaAllah..."

Tempat : Taman Tasik Ampang Hilir
Majlis : Latihan Pasukan Aksi Tempur Filem
Ahli : Annas, Afiz, Amir, Botak, Akmal Edge, Majid, Irfan, Riduan, Shawal





Friday, August 15, 2014

Sertai Himpunan Aman Palestin di Tabung Haji Ampang

"...Memang tidak dinafikan sentimen benci akan Yahudi Ashkenazi semakin menular dalam diri ABG J.A.M ini... Yahudi Ashkenazi atau lebih senang di gelar sebagai ZIONIS ini sememangnya menganggap kita semua selain sebangsa dengan dia adalah seperti 'ayam untuk disembelih' sahaja... Oleh itu, janganlah kita percaya akan tutur kata mereka yang sememangnya penuh dengan tipu daya dan muslihat... Apa-apapun ABG J.A.M menyokong penuh setiap aktiviti yang memboikot atau menyanggah salah laku ZIONIS Laknatullah ini..."

Tempat : Dataran Tabung Haji Ampang
Majlis : Perhimpunan Pendekar Aman Palestin
Anjuran : Dunia Seni Silat Melayu








Saturday, July 12, 2014

Persembahan Silat di Great Eastern Mall Ampang


"...Selepas di Jusco AEON Klang, persembahan dalam bulan puasa yang kedua berlangsung di Great Eastern Mall Ampang. Ianya berlangsung dua kali iaitu pada 12 Julai dan 26 Julai 2014. Namun, ABG J.A.M hanya beraksi pada 12 haribulan sahaja, pada 26 haribulan ABG J.A.M jadi 'pengurus' memberi peluang pada anak murid melakukannya... Memang mencabar membuat aksi demo atau persembahan dalam bulan puasa... Alhamdulillah, segalanya selamat dan jaya hendakNya... Amin..."

Tempat : Center Court Great Eastern Mall
Majlis : Seni Kebudayaan dan Pra-Idulfutri 2014
Pesilat : Shahril, Sharifuddin, Akmal Edge



Sunday, June 29, 2014

Persembahan Silat di Jusco AEON Bukit Tinggi Klang


"...Ini merupakan persembahan pertama pada tahun ini ABG J.A.M membuat persembahan silat pada hari pertama puasa di siang harinya... Benar-benar menguji mental dan fizikal... Aksi persembahan berlangsung hampir 30 minit... Mahu CUAK jugak untuk menghabiskan persembahan... Namun, dengan izin Allah SWT segalanya berjalan lancar... Perlulah buktikan yang 'Pendekar Ismail' dalam filem ABANG LONG FADIL nih jugak hebat diluar filem... hihihi..."

Tempat : Center Court Stage
Majlis : Persembahan Kebudayaan dan Pra-Perayaan AEON Bukit Tinggi Klang
Pesilat : Yusof Nor, Nik Izaham, Mohd Shahril, Akmal Edge


Wednesday, June 25, 2014

Persembahan Silat di Kuala Lumpur Convention Centre


"...Bertemu kembali... lama jugak tidak memaparkan POSTING... bukan bermakna tidak aktif atau tidak ada aktiviti tetapi blog di sini ABG J.A.M telah mengasingkan segala aktiviti berkaitan persembahan silat secara berperingkat-peringkat ke laman persembahan silat (http://akmalsilat.blogspot.com). Selepas ini segala aktiviti persembahan silat anda boleh layari laman blog AkmalSilat Team seperti yang tertera diatas... Laman ini ABG J.A.M gunakan sepenuhnya untuk aktiviti peribadi, perfileman aksi, komersil dan persilatan yang tiada kaitan dengan persembahan..."

Tempat : Meeting Room 407
Majlis : Arcasia 35th Council Meeting
Pesilat : Salehuddin, Shawal, Yusof Nor, Nik Izaham, Akmal Edge




Tuesday, May 20, 2014

Screening Filem ABANG LONG FADIL di GSC One Utama, Damansara

"...Hari ini dalam sejarah kot rasenyer, ABG JAM berdiri diatas pentas tayangan perdana filem... Terima kaseh diucapkan pada pengarah muda berbakat Syafiq Yusof yang memberi kepercayaan buat ABG JAM menjayakan projek filem ABANG LONG FADIL selaku ketua koreografer aksi dan pelakon bagi watak ISMAIL... Sememangnya mencabar dan Alhamdulillah segalanya sudah berlalu dengan hasil yang boleh dibanggakan... Berikut adalah antara rentetan foto-foto peristiwa sepanjang majlis tersebut berlangsung..."

Tarikh : 19 MEI 2014
Majlis : TAYANGAN PERDANA FILEM ABANG LONG FADIL
Lokasi : GSC ONE UTAMA DAMANSARA